Fajar Aiman Azalea TV3 (2014) Episode 1-6

Sinopsis Drama:
Drama FAJAR AIMAN mengisahkan Erma yang bercinta dengan Suffian pada 20 tahun yang lalu. Namun, hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian. Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.

Sebenarnya, Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.

Selepas sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.


Bagaimanapun, perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.

Aiman dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.

Setelah sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan menebus dosa mereka?


Drama bersiri terbaharu berjudul Fajar Aiman akan mengisi slot Azalea TV3 megambil alih drama Janji Jaslina yang akan menamatkan siarannya tidak lama lagi. Drama terbitan Suhan Movies ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan skrip oleh Sharifah Abu Salim. Pelakon utamanya ialah Faralyna Idris dan Syarul Ridzwan. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Farah Ahmad, Fauzi Nawawi, Watie Sadali, dan Azhan Rani.

Saksikan drama FAJAR AIMAN bersiaran mulai 5 Mei 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di Slot Azalea TV3.

JUDUL : Fajar Aiman
EPISOD : 20 Episod
TARIKH : 5 Mei 2014
SIARAN : Slot Azalea TV3
SKRIP : Sharifah Abu Salim
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Suhan Movies
PELAKON : Faralyna Idris, Syarul Ridzwan, Farah Ahmad, Fauzi Nawawi, Watie Sadali, dan Azhan Rani.

Faralyna Idris sebagai Nur Fajar
Syarul Ridzwan sebagai Aiman
Farah Ahmad sebagai Erma
Fauzi Nawawi sebagai Suffian
Watie Sadali sebagai Najwa
Azhan Rani sebagai Shafie



[ Episode 7 ]  [ Episode 8 ]  [ Episode 9 ]  [ Episode 10 ]  [ Episode 11 ]  [ Episode 12 ]

[ Episode 13 ]  [ Episode 14 ]  [ Episode 15 ]  [ Episode 16 ]  [ Episode 17 ]  [ Episode 18 ]

[ Episode 19 ]  [ Episode 20 ]
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s