Suamiku Jururawat Isteriku Doktor TV3 (2014) Episode 1-7

Sinopsis Drama:
Drama ini mengisahkan mengenai Mikhail yang dibesarkan oleh ayah tunggalnya yang bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Shahrizal. Ibu Mikhail meninggal dunia dalam kemalangan ketika menghadiri temuduga untuk menjadi seorang jururawat. Sejak itu, ayah Mikhail menanam harapan agar Mikhail menjadi seorang jururawat suatu hari nanti, demi impian arwah ibunya yang tidak kesampaian. Dan kini, Mikhail hampir mencapai cita-cita itu apabila belajar di sebuah kolej kejururawatan.

Hidup Mikhail berubah apabila ayahnya maut selepas cuba menyelamatkan Datuk Shahrizal daripada kes samun. Kematian ayahnya itu menyebabkan Mikhail hidup sebatang kara. Datuk Shahrizal yang rasa terhutang budi, terus menyuruh Mikhail berpindah ke rumahnya. Dia amat menyukai sifat Mikhail dan dalam diam, menyimpan impian untuk memadankan lelaki itu dengan anak perempuannya. Dr. Suriati yang bakal pulang ke tanahair.

Bagaimanapun, kedatangan Mikhail di dalam rumah itu menyebabkan isteri Datuk Shahrizal, iaitu Datin Ila berasa tidak selesa. Bukan sahaja merasakan Mikhail bakal merampas perhatian suaminya, Datin Ila juga merasakan Mikhail cuba mengambil kesempatan terhadap kemewahan keluarganya. Sikap nakal dan suka mengusik Mikhail juga menyebabkan Datin Ila selalu jatuh ke dalam perangkapnya.


Buat sementara waktu, Mikhail hidup dengan selesa di rumah itu. Sehinggalah Dr. Suriati pulang ke tanahair untuk menyambung tugasnya di sebuah  hospital swasta. Dipengaruhi oleh ibunya, Dr. Suriati juga tidak suka dengan kehadiran Mikhail.  Dia juga merasakan Mikhail seolah-olah telah merampas kasih daripada ayah kesayangannya. Datuk Shahrizal akhirnya masuk campur dan mahu anak perempuannya itu berkahwin dengan Mikhail. Sungguhpun tidak bersetuju, Dr. Suriati tidak berani mengingkari kehendak ayahnya, lebih-lebih lagi, Datuk Shahrizal jatuh sakit teruk selepas itu.

Atas ketegasan ayahnya, Dr. Suriati pun akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan Mikhail. Namun begitu, di sebalik perkahwinan ringkas yang tidak diketahui ramai itu, Dr. Suriati dan Mikhail bersetuju untuk merahsiakan status mereka di khalayak ramai. Kerana tidak wujud sebarang rasa cinta, Dr. Suriati juga mendesak Mikhail agar mereka tidur berasingan, tidak bersentuhan dan sentiasa bergaduh kerana perbezaan sikap.

Dr. Suriati dan Mikhail akhirnya ditakdirkan bertugas di hospital yang sama. Di situ, Dr. Suriati bertemu semula dengan kawan lamanya, Dr. Fitri, yang pernah menyimpan perasaan terhadapnya. Begitu juga dengan Mikhail yang menemui Timor yang turut menjalani latihan praktikal di hospital yang sama.  Bagaikan sengaja mahu menimbulkan rasa cemburu masing-masing, Dr. Suriati dan Mikhail berlumba-lumba mendampingi teman lama mereka.

Keadaan ini menyebabkan banyak konflik berlaku, lebih-lebih lagi, apabila Dr. Fitri semakin jatuh hati kepada Dr. Suriati. Begitu juga dengan kemunculan Timor yang bermatian-matian cuba merebut cinta Mikhail.  Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Suamiku Jururawat yang sebelum ini pernah bersiaran secara telemovie, kini kembali dengan drama bersiri berjudul SUAMIKU JURURAWAT, ISTERIKU DOKTOR. Drama karya sutradara Eyra Rahman dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat dan baru seperti Yana Samsudin, Tomok, Shima Anuar, Sheera Iskandar dan ramai lagi. Jangan lupa nantikan drama ini bersiaran  di saluran TV3 mulai 22 MAC 2014. Drama ini disiarkan pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam di TV3. 
[ Episode 7 ]  [ Episode 8 ]  [ Episode 9 ]  [ Episode 10 ]  [ Episode 11 ]  [ Episode 12 ]
[ Episode 13 ]  [ Episode 14 ]  [ Episode 15 ]  [ Episode 16 ]  [ Episode 17 ]  [ Episode 18 ]
[ Episode 19 ]  [ Episode 20 ]  [ Episode 21 ]  [ Episode 22 ]  [ Episode 23 ]  [ Episode 24 ]
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s